Monday, December 31, 2012

CoReTaN 2012

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar kejap sungguh masa berlalu, alhamdulillah diberi nikmat hidup yang cukup indah olehNya.
Besok dah masuk 1 Jan 2013, sure terasa kekok nak isi borang or pe2 yang kena tulis tarikh ni..hehe
Sebenarnya banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun 2012 ni, sedih pulak rasanya bila nak ingatkan balik, terharu pun ada. Takpe, kenangan yang lalu dijadikan memori yang terindah, tak kira ianya gembira or sedih. Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita dan diberi pelbagai dugaan dalam hidup ni supaya kita lebih mengingatinya dan bersyukur.


Imbas kembali kenangan di tahun 2012 (sesetengah daripadanya saya cuba kongsikan bersama):

Mei - Selepas pulang dari Flamingo Steamboat (celebrate for my birthday), badan dah mula rasa tak sedap, macam nak demam. Biarkan aje, mungkin sebab terlebih makan seafood. Selang beberapa hari lepas tu, dapat berita gembira, saya mengandung, alhamdulillah. Hadiah birthday yang cukup bermakna.

Julai - Sungguh tidak disangka, saya keguguran (pada usia kandungan mencecah 3 bulan) beberapa hari sebelum bulan ramadhan. Saya menangis tak sudah. Saya redha dengan ketentuan Illahi. Ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah suami, keluarga saya dan keluarga mertua amat memahami..ma abah dan mertua keep calling me termasuk adik beradik dan ipar duai, bertanyakan khabar, risau kejadian ni berlaku tanpa orang tua disisi. Risau takut suami tak dapat jaga dengan elok ketika saya berpantang (kena berpantang sama macam orang bersalin)..hehe..syukur saya dikurniakan suami yang cukup memahami dan risau akan kesihatan diri saya. Kawan2 jugak banyak beri moral support, thanks dear family and frens!! Luv u all ketat2..;)

Julai / Ogos - First time saya merasa macam mana orang berpantang after bersalin..tambahan pulak saya berpantang di bulan puasa. Tahan je la nafsu makan. Lebih2 lagi bila tengok hubby berbuka puasa dengan air kelapa dan air tembikai yang super duper best tu..hehe..dengan pelbagai lauk pauk yang best dari pasar ramadhan..huhu..tahan je la diri ni.. Makanan saya pulak hanya biskut kering cap hap seng, air milo,  nasi putih, ikan selar bakar dan pati ikan haruan dengan gamat asli..yang tak best pun jadi best..hehe

Oktober - Alhamdulillah berita gembira. Saya terima surat senat daripada UM, menyatakan saya lulus untuk master. Dan jugak dapat duit hadiah dari scholarhip rm3k sebab berjaya submit tesis..hehe..syukur. 

November - Badan rasa macam tak sedap, breast pun rasa mengeras dan sakit, pening2, mual2, loya..aishhh pelik ni..tambahan pulak badan rasa panas sejuk, period lak delay beberapa2 hari..dalam kepala dah duk asik tertanya2, adakah saya pregnant?Hati ni meronta2 nak check upt, tapi asik lupa nak beli..meleret2 sampai beberapa minggu baru ingat nak beli..hehe..on the way balik dari bank dengan hubby, nampak je kedai Watson, terus teringat nak beli upt. Makanya, pagi subuh esoknya, check la, dan resultnya adalah +ve. Terang tang2 lagi linenya kuar. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Semoga anak yang dikandungkan sihat, sempurna dan normal..amin.




Hopefully tahun depan akan menjadi lebih bermakna buat diri saya..pelbagai yang dirancangkan. Pe2 pun Allah knows the best dan Dia lah yang menentukan segala2nya. 





1 comment:

  1. hi...salam perkenalan dan selamat tahun baru... menarik dan cantik blog u ni.. feel free visit my blog dan follow.. www.azlinsafena.com tq

    ReplyDelete