Monday, October 3, 2011

Ubi KaYu KePaL & MeLaWaT TaPaK ProJeK

Assalamualaikum....


Lama sesangat dah blog ni tak berupdate...nak update, tapi gambar2 lak ada dalam kamera..malas nak transfer...penyakit 'M' dah datang tu..haha...


Tapi mujurla penyakit 'M' ni tak berlarutan...kalo tak, dah sah2 blog ni jadi usang...hohoho...


sebenarnya banyak benda nak bercerita, tapi cukup la kot 2 in 1 entry..bundle terus...jap lagi nak siapkan thesis lak...

Pernah dengar tak kuih ubi kepal?ada jugak orang panggil getok ubi kayu...bukan calang2 ubi ni tau...kayu ni tau..haha...dengar je kayu, mesti terbayangkan betapa kerasnya ubi ni..memang keras kalau tak rebus dulu...sebenarnya bukan aku beli pun ubi ni. Ni hasil tanaman ayahanda tau..betapa rajin abahku usahakan beberapa kebun dia...wah bunyi cam banyak je..hehe..sejak dia pencen, memang dia suka bebenor bercucuk tanam. Alhamdulillah, hasil daripada 2 buah kebun dia, memang menampakkan hasil pelbagai buah-buahan, leh wat makan anak beranak dan alhamdulillah leh sedekah2 kat jiran..



citer ni punya la lama tau...3 minggu yang lepas kot...aku buatla ubi kepal ni...
alhamdulillah en.suami amat suka..lagi2 makan ngan air kopi di waktu petang, ketika hujan turun...perghhh...best sangat woooo....




Ni la rupanya after rebus sampai empuk...pastu, lenyek2kan dia sampaila benar2 hancur dan penyek...



Ni pulak hasil bancuhan tepung+serbuk pewarna kuning+air+ckit garam




rupa after kepal2 ubi tu bersama2 gula dan kelapa parut...cepat je siap...




tadaaaaa....ni la hasilnya....best...terliur pulak...


SeLaMaT MeNcUbA...








******************************************************
Sudah 2 bulan, rumah kami dilanda kebisingan yang amat...ye, memang amat bising...sesiapa yang ada anak kecil nak tido, memang tensen ngan projek ni...


bukan takat bising je, malahan debu2 mula la menyinggah di setiap inci rumah...aduih...


cepat betul berdebu...


ni la sedikit gambar projek perumahan di belakang rumah kami...


weekend kami dah tak seindah biasa...nak tengok tv pun kena pasang volume kuat2...

















sekarang ni mereka2 ni cuba untuk meratakan bukit tu...punyer la berdebar kami menengoknye..







sekian dari saya menyampaikan laporan berita untuk aduan rakyat







No comments:

Post a Comment