Tuesday, March 29, 2011

Jangan kedekut dan jangan berkira dengan ibubapa

Assalamualaikum..

Di sini saya tergerak hati nak share pengalaman saya dalam hal pemberian duit kepada ibubapa..

Ni terutama kepada yang dah ada kerjaya dan tahu tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap kedua ibubapa mereka..


Alhamdulillah, pada tahun 2007, setelah 3 bulan grad dari uia saya ditawarkan kerja sebagai pensyarah di IPB. Maka, bermula lah episod saya sebagai insan yang berkerjaya dan saya perlu ingat, saya perlu memperuntukkan duit gaji saya sebaik mungkin.

Dalam kepala saya masa tu, semestinya saya akan bagi tiap2 bulan kepada ma dan abah saya, walaupun saya tahu mereka sudah ada duit sendiri. Sebagai anak, saya takkan lupa bagi. Saya nak share duit saya kepada mereka walaupun sedikit.


Saya tahu, betapa mereka gembira dan terharu apabila anak yang dijaga dari kecik hingga sudah bekerja tahu tanggungjawabnya.


Seharusnya kita kena sedar, kita akan mendapat keberkatan daripada Allah sekiranya kita berbuat baik kepada orang tua.

Alhamdulillah, sehingga sekarang, saya takkan lupa untuk memperuntukkan duit saya kepada mereka walaupun saya sekarang menyambung pelajaran. En. suami pernah berpesan kepada saya, kita kena la share rezeki kita dengan ibubapa kita walaupun rm50.

Pernah saya terbaca satu berita dari suratkhabar, pada tahun lepas, ada sepasang suami isteri menfailkan saman terhadap anak mereka. Ini kerana anak yang dijaga dari kecil hingga besar dan mempunyai kerjaya, dengan bergaji atas rm10,000 mengabaikan tanggungjawab terhadap kepada ibubapanya. Dengan kata lain, dia tidak memberi duit bulanan kepada orang tuanya.


Pe nak jadi pada masyarakat kita??Terlalu berkira dengan orang tua sendiri.


Astaghfirullah...



Kalau kita boleh membeli barang2 yang tidak berfaedah untuk diri sendiri, kenapa kita tidak boleh memperuntukkan sedikit duit kita untuk orang yang kita sayangi? Ingatlah, hidup ini cuma sekali. Jangan menyesal apabila kita terlewat untuk berbakti kepada orang tua kita.



Walaupun entry ini pendek, tapi saya harap ianya dapat diambil pengajaran terhadap saya sendiri dan sesiapa sahaja.




***ANDA YANG BUAT, ANDA YANG DAPAT***





1 comment:

  1. Salam, saudari pensyarah di IPB? Sy google tjmp blog ni. Sy dpt intrvw pensyarah d IPB nx wk.. Sy nak tya institut ni private ke semi gov? Gaji yg di offer ok x? Harap dpt reply. Thanks

    ReplyDelete