Monday, February 7, 2011

Menilai Tahap Ketakterlaratan Diri..Boleh Buat Tak Second Journal ISI??

Sebenarnya diri aku ni bukanla iron women..tapi teringin nak jadi iron women seperti wanita di luar sana impikan..aku nak buat itu dan nak buat ini..
Sekarang ni pun aku dah pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang cukup cukup memahami, caring, penyayang, bertanggungjawab dan yang paling penting dia boleh bersabar dengan karenah ku yang kejap on and off...Thanks dear!!!
Cukup mencabar okey tugas seorang isteri ni!!!nak tau camne?kawenla dlu..kalau dah ada anak, lagi la mencabar..tapi cabaran yang banyak itu boleh mematangkan seseorang kan?Harap2, makin hari dan makin tua ni, aku boleh jadi seorang yang matang dari segala hal termasuklah hal rumah tangga..Baru aku tau, alam rumah tangga ni buat aku belajar erti kesabaran yang cukup tinggi..Semakin hari, semakin banyak pengalaman yang aku dapat pelajari samada secara direct atau pun indirect..Contohnya, kena bersabar dan jangan sesekali merungut akan perintah suami okey!!!kalau kita tengah duk masak, then suami suruh kita picitkan dia, so kita kena cepat2 pi picit dia tau..perintah suami kena diikut (yang tidak melanggar hukum syarak)..kalau kita ingkar,nanti berdosa tau..kalau ada rasa bersalah, cepat2 mintak ampun..jangan lak tunggu waktu pagi raya baru nak mintak maaf..T_T..
Lagi satu, kalau yang dah berumahtangga, jangan lak asik duk pikir aku ni still bachelor, so cukup la iron baju sendiri je..jangan jangan makcik!!!ingat ye, kalau dah namanya hidup berdua, kena la iron baju untuk suami jugak..yang penting, jangan sesekali mengeluh..
Peringatan dan panduan ini adalah kepada saya dan yang sudi membaca ye..Dari hari ke hari saya cuba untuk memperbaiki diri saya yang lemah dan banyak kekurangan..
Sebagai pelajar sarjana pula, saya cuba untuk membezakan tugas antara belajar dan tugas sebagai seorang isteri..ingat lagi kata2 ibunda saya, kalau kita buat sesuatu tu, kena la bersungguh2..sebagai contoh, kalau belajar, belajar sungguh2 dan kena fokus..disebabkan saya yang beriya2 nak sambung belajar dan tup2 kawen masa belajar, so kena la pandai2kan diri bahagikan masa, tenaga dan tahu tanggungjawab sendiri..
***nampaknya ada 4 bulan lagi saya nak siapkan master ni..tetiba terpikir, larat tak nak buat second journal??Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...so, aku kena la tanam daya tu lebih ckit..:)***

No comments:

Post a Comment