Friday, March 9, 2012

SeDiH

Assalamualaikum..

Beberapa minggu kebelakangan ni macam-macam berita mendukacitakan terbaca samada dalam suratkhabar mahupun facebook. Antara berita yang tak sedap tu kes anak2 sanggup 'membuang' ibu atau bapa masing2..Ya Allah nape la ada manusia sebegitu rupa di dunia ni. Dulu kes buang anak, sekarang ni sebaliknya pula.  
Setiap kali ada kes sebegini, mesti bergenang air mata ku..sedih yang amat tau..kadang2 tak sanggup nak baca berita selanjutnya dalam suratkhabar sebab daripada tajuk yang tertera tu dah tau2 pe ceritanya tu..aduh sakit hati lak dengan anak2 camni. Sebagai anak, kita sepatutnya menjaga mereka dan mendoakan mereka, bukannya diperlakukan/ dibiarkan sebegitu. 


-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

petikan daripada http://halaqah.net


No comments:

Post a Comment